Saturday, 29 September 2012



PASUKAN AKU TELAH MEMBUAT PERMINTAAN UNTUK TIDAK LAGI JUMPA PASUKAN KAU UNTUK LIGA  AKAN DATANG.



Terima Kasih.







Jangan dilambung cita-cita dan harapan seseorang individu jika kau tahu pada dasarnya kau tidak sesekali akan menyambut. Jatuh rebah aku mencium bumi selepas enak aku terbang di awangan berpengapitkan keselesaan dan apa yang kau panggil kasih sahabat. Jika pernah aku merasaai gempar bumi dan telah ingin aku melaporkan kepada si pengkaji cuaca, kenapa sibuk kau menasihati aku yang itu mungkin hanya penggera palsu? Jika benar ini semua idea-idea bernas kau untuk membuat aku merasai kesakitan, tahniah sambil berdiri memberikan tunduk hormat kerana kau berjaya mereanaptasikan kelakuan aku pada kau. Dari sini aku nyatakan 1-1, tapi pasukan aku telah membuat permintaan untuk tidak lagi jumpa pasukan kau untuk liga akan datang.